Sunday, June 13, 2010

Kenali Palestin


DI MANA LETAKNYA PALESTIN

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat daya negara Syam (Syria). Ia bersempadan dengan Laut Mediterranian dan terletak di benua Asia

Palestin dianggap titik pertemuan antara Asia dan Afrika. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Mesir di selatan.

Bumi Palestin juga dianggap sebagai penempatan tertua di dunia. Bandar tertua di dunia ialah Jericho,Palestin sejak 8000SM. Sehingga kini Palestin masih dianggap sebagai sebuah bandar yang dipenuhi dengan tamadun manusia yang gemilang

PENTINGNYA PALESTIN TERHADAP UMAT ISLAM

1. Kiblat pertama umat Islam
2. Masjid ketiga suci dan mulia selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
3. Tempat berlakunya Mi'raj Nabi Muhammad SAW
4. Bumi kelahiran ramai para Nabi dan Rasul
5. Harta wakaf umat Islam

sekian...credits to hj arshad

No comments: